Tuesday, December 16, 2008

HARI INI HARI SELASA

pejabat yang sunyi sepi

geng kat sebelah pun takde

surat-surat yang nak diproses.

hari ni tudung purple lagi.macamlah takde warna lain

last pose


Dah hari selasa dah.16.12.2008. Tingggal 15 hari lagi , selamat tinggal 2008.Azam dan impian 2008 dah tercapai ke? Bagi lea alhamdulillah...dah tercapai.Tapi satu je tak tercapai lagi.Belum rezeki lagi. Hari ni bermula semalam sampailah khamis ni , opis ni akan sunyi sepi.Yelah semuanya pergi meeting SKT kat Tanjung Bidara Beach Resort.Lea malas nak pergi.Lebih baik jaga opis.Hari ni kerja banyaklah jugak.Jap lagi lah buat.Nak update blog dulu. Baru lepas sarapan.Makan nasi goreng yang di bawa dari umah tadi. Entahlah terlebih rajin pulak pagi ni.Goreng nasi.Gorang simple2x je.Tak sempat ambik gambar.Dah licin dah.Lapar. Malam tadi makan kentang goreng je.Malas nak masak. Klah.nanti lea update lagi ye.

Monday, December 15, 2008

LEA

dah takde kerja ambik gambar jelah.Nilah hasilnya.

AHAD-141208

kedai-kedai makn pun tak bukak lagi

Restoren PP Maju pun lengang lagi

Sempat posing lagi

Suami lea. Mr.Sham bin Din. Hari ni g Terengganu lak.Sunyilah kat umah
Abang mamak sedang membuat roti sardin ku

Teh halia + kopi ngan air suam

Hari ahad lepas letih benarlah.Kul 4 pagi dah bertolak ke LCCT sebab nak hantar kawan balik ke Kuching.Flightnya jam 7.10 pagi.Naik Air Asia kena awal. Tau-taulah lambat sikit kang barang-barang takleh masuk kargo. Dah tu setiap barang yang masuk kargo mereka charge RM10 setiap satu.Pandai betul buat duit. Balik dari LLCT lea ngan hubby singgah kat PP Maju.Kedai mamak kami... cheh wah.Macam kami yang punya kedai.Lea order teh halia + air suami+roti sardin .Suami lak kopi + roti banjir+kari kaki ayam.Pukul 5++ pagi dah terpacak kat kedai mamak.Orang lain tengah sonok dibuai mimpi. Balik-balik dari kedai mamak, basuh kain, sidai kain. lepas tu tido...............nak ganti tido. sebab dah bangun kul 3 pagi.

Friday, December 12, 2008

AKTIVITI HARI JUMAAT

Nilah lea hari ni
Tengah nak edit gambar
Guni Pos Malaysia yang dah datang..menunggu untuk di proses
Sedapnya dia tido..........................Mimpi apa tu dik.Mimpikan abang ke????? Siapa ni ye...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
jeng...jeng...jeng..Maya ..................

Tak taulah nak buat apa hari jumaat ni. Masa rehat panjang.Nak tido tak leh nak tido.Kang bangun tido pening kepala.Nengok maya best je tido. Sonoknya kalau ada tilam ngan bantal. Sejuk lagi ni. Takpelah petang karang balik leh tido.

HAI SEMUA

Lama dah update blog. Dengan bz nya..dengan tak sihatnya.Tu yang tak menyempat nak update blog. Sebenarnya banyak cerita nak diceritakan tapi takde mood pulak dah nak menaip panjang-panjang.
K..nanti kalau free lea update k.

Thursday, December 4, 2008


Nilah lea hari ni(041208)Semakin tembam pipiku.

MY NEW FRIDGE MAGNET


Ni fridge magnet terbaru lea.beli online je. PISA TOWER. Baru beli semalam.Pagi tadi dah sampai. Tq zayed.lepas ni leh beli lagi.

PENYANGKUT TUDUNG






Lama dah lea dok cari benda alah ni.Baru semalam jumpa. Jumpa-jumpa terus beli.Oklah.buat menyangkut tudung-tudung lea yang banyak.Dah sampai penuh almari dengan tudung-tudung ku.Malam tadi lea beroperasilah menyangkut tudung-tudung ku itu. Dah siap susun , kemas dah jadi almari ku. Penyangkut ni tak perlukan ruang yang banyak dalam almari.Satu penyangkut ni boleh mengisi dalam 70-100 tudung. Dah macam jual tudung dah lea...

Tuesday, December 2, 2008

RONA RONI MAKARONI


Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu.Satu perkara tentang Roni ialah dia gemar memasak. Dan masakannya hebat apabila dia ‘in love’. Sebab itu ketika dia bercinta dengan Gia, Roni akan sentiasa memasak untuk kekasihnya. Antara menu kegemaran Gia ialah Macaroni and Cheese sentuhan Roni.Disebabkan cinta jugak Roni berazam mahu membuka sebuah restoran Perancis untuk diusahakan mereka bersama sekembalinya mereka ke Perancis setelah tamat pengajian. Namun bukan semua yang dirancang menjadi kenyataan apabila sekembalinya mereka berdua di ke Perancis, setelah restoran Perancis yang bernama GiaMacaRoni dibuka tiba tiba Gia mendapat tawaran berlakon dari sahabat lamanya.Tawaran ini membuatkan Gia benar benar teruja dan dengan restu Roni (meskipun berat pada awalnya tapi demi cinta dia akur) akhirnya Gia menjadi seorang pelakon. Semenjak dari hari itu Gia mula popular sebagai pelakon sehingga mengabaikan restoran yang sepatutnya diusahakan secara bersama dengan Roni.Tambah memburukkan keadaan apabila Ben, manager yang menguruskan Gia (yang sangat dibenci oleh Roni) telah mendesak Gia supaya jangan ‘declare’ hubungannya dengan Roni di depan public demi masa depan kariernya sebagai pelakon yang terkenal. Semenjak dari hari itu Roni mula memendam rasa.Kalau diikutkan perasaan mahu saja dia putuskan hubungan itu tetapi disebabkan cinta yang teramat mendalam terhadap Gia, Roni terpaksa menelan semua itu. Perlahan-lahan Roni mula berubah. Dia mula menjadi seorang yang baran dan ego. Malah skil masakannya mula merosot disebabkan dirinya yang mula dipenuhi dengan rasa marah dan terkilan sehingga sedikit sebanyak telah mula menjejaskan perniagaan restoran GiaMacaRoninya yang mula hampir muflis.Dalam pada itu wujud seorang gadis kampung berperwatakan pelik bernama Rona yang berasal dari utara. Rona merupakan anak tunggal yang bekerja kilang. Dia tinggal bersama emak dan ayah tirinya yang pemalas dan suka berjudi (ayahnya telah meninggal dunia). Hobinya suka memasak.
Namun begitu yang anehnya setiap kali dia memasak pasti tidak menjadi. Tapi itu tidak pernah mematahkan semangat Rona untuk terus memasak. Dalam pada itu antara resepi yang paling Rona teringin hendak masak ialah Macaroni and Cheese. Tapi masalahnya dia tak pernah berkesempatan apatah lagi Rona tinggal dikampung.
Nak dijadikan cerita pada satu malam ayah tirinya cuba merogolnya. Mujur emaknya berjaya menyelamatkannya dengan menyuruh Rona ke KL mencari ayah kandungnya yang selama ini disangkakan telah mati. Dengan berbekalkan sekeping gambar dan rasa terperanjat dan keliru nak tak hendak Rona pergi ke KL sehelai sepinggan tanpa mengenali seorang pun di KL (malahan Rona tak pernah pergi KL pun selama ini)
Di KL Rona telah bertemu dengan Roni secara kebetulan akibat dari satu insiden kecoh kerana salah faham. Jess, adik kepada Roni yang kesiankan Rona yang seorang diri datang KL telah menumpangkan Rona tinggal bersama dengannya tanpa pengetahuan Roni. Namun rahsia yang cuba disembunyikan Jess akhirnya sampai ke pengetahuan Roni sehingga menimbulkan kemarahan Roni. Walau bagaimanapun disebabkan desakan Jess yang kesiankan Rona akhirnya nak tak hendak Roni terpaksa membenarkan Rona tinggal dengan mereka.
Berbalik semula pada hubungan Roni dan Gia. Hubungan mereka berdua semakin meruncing. Gia semakin sibuk dengan karier lakonannya, Kesibukan Gia menyebabkan Roni semakin melampau lampau penyakit panas baran serta egonya. Roni semakin berjauh hati dan Gia mula tersepit antara tuntutan karier serta cintanya terhadap Roni. Untuk itu Gia merasakan dia perlu melakukan pengorbanan. Gia memberitahu Ben, managernya yang filemnya yang sedang dijalankan sekarang adalah filem dia yang terakhir untuk sementara waktu.
Gia berjanji pada Roni yang dia akan menumpukan perhatiannya pada Roni selepas project filem terakhirnya untuk tahun itu. Keputusan Gia tidak begitu dipersetujui oleh Ben. Bagi Ben sekiranya Gia berhenti berlakon maka mata pencariannya sebagai manager akan terjejas. Malah secara rahsia Ben mula menyeleweng duit simpanan Gia tanpa pengetahuan Gia dengan bantuan sahabat lamanya bernama Ery. Sebab itu Ben akan buat apa jua cara supaya Gia tidak berhenti dari berlakon. Maka di sini Gia sendiri mula tersepit antara dua keadaan.
Sehinggalah satu hari skandal Ben telah terbongkar. Dia diugut oleh seorang Datuk berbangsa Cina bernama Datuk Jason yang mempunyai niat untuk memiliki Gia sebagai isteri. Datuk Jason telah bertaruh dengan Datuk Majid untuk memiliki Gia. Untuk itu Datuk Jason akan buat apa saja termasuk mengugut Ben. Untuk mendapatkan Gia Datuk Jason bersetuju menubuhkan satu syarikat filem untuk Gia. Ini supaya dia boleh sentiasa berdampingan dengan Gia.Oleh itu nak tak hendak Ben terpaksa menerima tawaran Datuk Jason tanpa berbincang dengan Gia. Tindakan Ben itu benar benar membuatkan Gia marah kerana disebabkan tindakannya itu menyebabkan hubungannya dengan Roni semakin keruh. Roni akhirnnya mendapat tahu yang Gia ‘terpaksa’ berlakon tiga lagi filem dengan producer baru iaitu Datuk Jason.Tambah memburukkan keadaan apabila press mula bergossip mengatakan Datuk Jason adalah kekasih baru Gia. Apatah lagi Gia akhirnya terpaksa keluar negeri kerana projek filemnya dengan Datuk Jason. Keadaan ini benar benar mengecewakan Roni sehingga hubungan mereka terputus.
Dalam pada itu hubungan Rona dan Roni semakin akrab. Rona akhirnya berjaya menyelami perasaan Roni. Barulah Rona sedar mengapa Roni bersikap panas baran seperti itu. Semuanya gara gara mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang kekasih.Roni sebenarnya jauh hati dengan Gia. Bagi Gia Roni tak ubah seperti kekasih gelapnya. Sepanjang Gia bergelar pelakon Gia tak boleh declare hubungannya dengan Roni in public. Itu yang benar benar mengecewakan Roni. Ini secara tidak langsung meninggalkan kesan pada kebolehan Roni dalam bidang masakan.
Masakannya sudah mula hilang sentuhan keramatnya. Malah perniagaan restauranynya mula merudum disebabkan perangai panas barannya sehingga tak der orang yang mahu bekerja dengan dirinya. Justeru itu Rona sedar yang dia perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan semula semangat lelaki itu. Semenjak daripada hari itu Rona mula rapat dengan Roni. Dan semakin dia mengenali lelaki itu semakin dia memahami siapa Roni yang sebenarnya. Dan perlahan lahan mula terbit perasaan antara mereka berdua. Sehinggalah pada suatu Gia muncul semula setelah menyedari kesilapannya. Gia ingin menebus semula dosanya terhadap Roni, Tapi kehadiran Rona dalam hidup Roni menyebabkan ketegangan berlaku antara mereka bertiga. Siapa yang akan dipilih oleh Roni hanya masa yang akan menentukannya…Nantikan kesudahan cerita komedi romantik daripada pengarah yang berjaya mencuri hati penonton melalui drama bersiri Emil Emilda dan Sindarela. Mungkinkah Gia berjaya membetulkan hubungannya dengan Roni? Mungkinkah Rona pula berjaya memikat Roni dengan masakannya yang sedap bila dia nervous? Dan berjayakah Ben mempengaruhi Gia untuk tinggalkan Roni? Kita nantikan RONA RONI MAKARONI di Astro RIA pada 27 Nov ini.
Citer ni lea layan sebab ada Amani.Sonok tengok dia dengan loghat Penangnya.

SELAMAT PAGI CINTA

SELAMAT PAGI, CINTA!

menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.


HARUS DITONTON FILEM INI. SABTU NI NAK BAWAK SUAMILAH G NENGOK. NENGOK KAT IOI MALL PUCHONG JELAH.


Monday, December 1, 2008

MY NEW FRIDGE MAGNET







FM-fm ni lea beli kat air hitam ngan skudai parade.Dan kat Jaya Jusco IOI Mall Puchong.Yelah..dah minat.buat menambah koleksi yang ada. Susah kalau dah minat.Pergi mana-mana2x mesti benda alah ni yang dicari.