Friday, April 3, 2009

Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri keenam.



KUALA LUMPUR: Proses peralihan kuasa kepemimpinan negara bermula semalam apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam

Abdullah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara di sini, kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana bernombor WCH 13 dan keluar kira-kira sejam selepas itu sambil tersenyum dan melambai kepada wakil media yang menunggu di luar istana.

Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti itu minggu lalu, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong setengah jam selepas itu.

Timbalan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 11.25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit dengan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran WRP 11.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan Sultan Mizan memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi ini.

Mohd Sidek berkata, istiadat bersejarah itu akan berlangsung seperti dijadualkan dan semua persiapan sudah diatur untuk memastikan upacara berkenaan berjalan lancar.

Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menandatangani surat menyimpan rahsia kerajaan sepanjang tempoh menduduki kerusi tertinggi kerajaan," katanya

Mohd Sidek berkata, orang kenamaan tempatan dan wakil negara asing turut dijemput untuk menyaksikan istiadat itu, yang dijangka selesai sebelum tengah hari.

Majlis penyerahan nota serah tugas Perdana Menteri oleh Abdullah kepada Najib pula dijadual berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 4 petang.

Pelantikan Najib mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan dari 1970 hingga meninggal dunia pada 14 Januari 1976.

Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 ketika menjadi Naib Presiden Umno paling kanan.
Sebelum itu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan (1995-1999) serta dua kali sebagai Menteri Pertahanan pada Oktober 1990 hingga April 1995 dan dari Disember 1999 sebelum berpindah ke Kementerian Kewangan pada 17 September 2008.

Wednesday, April 1, 2009

Kejadian Nabi Adam

Benda ni dapat dari email.Nak share ngan korang semua
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail... Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranyaterbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis2. Tanah Bukit Tursina3. Tanah Iraq4. Tanah Aden5. Tanah Al-Kautsar6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah7... Tanah Paris8. Tanah Khurasan9. Tanah(Babylon)10.Tanah India11.Tanah syurga12.Tanah Tha'ifMENURUT IBNU ABBAS:-1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.PROSES KEJADIANNYA: -1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:-1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:A. Mata alat penglihatanB. Hidung alat penciumanD. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adamyang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adamdijadikan."Wallahualam. ..

Tuesday, March 31, 2009

PANAS-PANAS........








Kalau panas.kita perlukan kipas. Aircond boleh jugak...tapi kalau dah berjalan leh ke nak bawak? kipas angin pun kita takleh bawak. Bawaklah kipas tangan. Aku sekarang tengah gila kumpul kipas tangan.Tak pernah guna pun.Saja........gatal je nak beli kalau jumpa. Laki aku pun tak leh cakap apa dah. Bini dia ni pelik cikit kot. kakaka. Pelik ke aku. Aku ni jenis suka mengumpul. Aku dah kumpul setem, fridge magnet, key chain, minyak wangi, sekarang lak kipas tangan. Sekarang aku hanya ada 7 kipas tangan. Takpe nanti-nanti tambah lagi. Masa banyak lagi. Ni gambar kipas tangan yang aku ada. Sikit je. Tapi bagi aku cantiklah...

DEMAM AF



Aku demam jugak ke? hehehe.Aku kalau dan nak nengok tengok.Kalau tak...ok je. Tapi yang tahun ni aku suka kat Hafiz, sebab suara dia, persembahan dia very-very the bestlah.Macam profesional punya artislah. Ye ke.......yelah ...sebab aku suka dia. Yang paling cute.. Aisyah.Manis je. Dua orang je yang aku suka nengok.Lagu minggu keempat lak...Yang lelaki kena nyanyi lagu siti Nurhaliza.Yang pompuan lak..Lagu Amy Search.Boleh ke?Harap-harap Hafiz buat yang terbaik minggu ni. Ni lagu pelajar minggu ni


PELAJAR WANITA


(Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)




CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major


ZIZI – Aku Dah Bosan


AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur


RUBISA – Tiada Lagi


ISMA – Kerja Gila




PELAJAR LELAKI


(Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)




HAFIZ – Cinta Ini


AKIM – Destinasi Cinta


YAZID – Aku Cinta Padamu


QHAUD – Di Taman Teman


ARIL – Lakaran Kehidupan S


IDI – Kumilikmu




LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).

SELAMAT PENGANTIN BARU

Ni majlis dekat batu pahat 28.03.09



Ni pulak dekat Belawai,Sarawak 19.03.09 yang lepas

Khas buat Umie & Abul Se
lamat Pengantin Baru.
Semoga Kekal hingga ke akhir hayat.

Friday, March 27, 2009

SPA Q










Semalam sempat jugaklah tengok ending cite SPA Q ni. Oklah..Happy ending.

AIR PAIP KOTOR

Bengang betullah aku semalam.Macam-macam hal terjadi kat aku. ENtahlah.Mungkin semalam unlucky day untuk aku. Balik umah petang semalam nak basuh baju dan pinggan mangkuk. Tengok -tengok air paip kotor.Memang air tanahlah...dengan baunya..........warnanya.............eeeeeeeeee.geramnya aku. Macam mana ni? Air kat tangki dah tinggal sikit. Nak mandi lagi. Takpelah.Aku makan dululah kuih lopes ngan kue teow yang aku beli kat depan rumah aku sambil layan spa Q.Episod terakhir ye semaalm.Aku jarang tengok cerita ni.Kalau sempat aku tengok ... kalau tak takpe....Pukul 8 baru air paip kat umah aku berwarna seperti kebiasaannya. Yahoo...leh mandi.Bau pun dah macam .............leh basuh pinggan , basuh baju...dan basuh segala-galanya lah.........

Kuih lopez



Aku memang suka makan kuih ni. kebetulan depan rumah aku ada orang jual kuih petang-petang. Tapi tak setiap harilah aku beli.Kalau rasa nak makan tu. mesti beli.Kalau tak 2 , 3 kuih lopes aku beli.Satu berharga 40 sahaja. Sekarang susah nak cari kuih 20 sen lagi kan.Yang 30 sen pun kadang-kadang je. Yang 40 sen banyak.Tapi yang banyak 50 sen hokay.....Mahal ye. Tulah masa kat kampung suami... anak kepada kakak ipar kepada kakak ipar aku berniaga nasi lemak. Dia jual 70 sen saja. Dah lah sedap banyak pulak tu. Nanti kalau aku balik kampung aku ambik gambar k. Ingat paling murah pun RM 1. dAh nak bayar , makan untuk 3 orang termasuk minum RM3.6 sahaja.Itu bermaksud seorang RM 1.20 je.70sen untuk nasi lemak dan 50 sen untuk air.Kat KL ni ada lagi ke harga gitu.???????

Monday, March 23, 2009

Belon panas di Putrajaya-22.03.09








Tak taulah nak taip apa. Waktu g g ngan niza, jijie ngan suamiku.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya-21.03.09











Pada sabtu lepas aku dan suami g Putrajaya tengok belon panas.Best jugaklah.sebab leh tengok dekat-dekat.Yelah masuk kat tengah padang. Bolehlah tengok proses mereka memasang dan menaikan belon tersebut.

Friday, March 20, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME...




Dah tua aku hari ni. 28 tahun.2 tahun lagi 30.huhuhu.
Suami lak takda.Kat Pahang. Tengah malam tadi dia call dan ucapkan
HAPPY BIRTHDAY SAYANG.MOGA MURAH REZEKI, SIHAT SELALU.
adui...........sebaknya aku.kalau dekat dahku peluk dah dia.hehehehe.gatalnya aku...
Esok dia balik. Rindunya kat dia.
Pagi-pagi tadi lak, adik-adik ngan mak aku call. Mak siap cakap.tua setahun lagi dah anak mak.
Rindunya kat mak.Kalau dulu-dulu kalau kat Kuching mak akan masak makanan kegemaranku.
Tapi dah jauh nak buat macam mana.Dengar suara je. ...
Bagi aku lak.......
Semakin bertambah usia aku...akan semakin mematangkan aku.Tapi rasanya perangai masih macam dulu gak.
Aku nak jadi isteri yang baik, taat pada suami.Yelah..kadang-kadang dalam umah tangga ni ada pasang surutnya.Gaduh-gaduh kecil tu biasalah.Tapi sekejap je tau.Lepas tu baik balik. Hehehe. Tak lehlah gaduh lama-lama.Mr.Sham pandai memujuk. Cheh wah.hahaha.
Buat keluarga kat Kuching..lea sayang kitak orang semua.
Mak.terima kasih atas didikan selama 25 lea dok ngan mak.
Ayah.terima kasih atas segalanya.
Adik-adik..Yan dan Mas....... akak sayang korang semua. Tolong jaga mak dan ayah.Akak jauh ....
Buat teman-temanku kat sini, MAYA, UMIE, KAK SHAR,NIZA,KAK SIAH,KAK ZAH...Terima kasih sebab menjadi penghibur ... ada je modal nak buat gelak.
Thanks semua.................




Wednesday, March 18, 2009

Tag Dari Arina Nur Bazilah

Balik-balik lpas MC terima Tag ni dari dik riena

Three Jobs I have had in my life

-Kerja kat kedai makan pakcik-cashier,tukang masak.. hahahaha[pandai masak ke aku ni)
-Dulu tolong mak jaga adik-adik
-Sekarang............jaga surat-surat masuk...banyaknya....

Three Places I have lived

-Lundu, Sarawak
-Kampung Tupong Tengah,Kuching
-Taman Putra Perdana,Puchong


Three TV shows that I watch

-America's Next Top Model
-Akademi Fantasia
-CSI


Three places I have been

-Singapore
-Indonesia
-Malaysia [Kecuali.....Kelantan,Sabah, W.P Labuan]

People that e-mail me regularly

-Facebook (samalah ngan ariena sebab email penuh dengan inform dan reminder dari facebook)
- TIPAH group
-Maya@Mayryya

Three of my favourite foods

-Bihun Sup
-Colonel Burger[KFC]
-Ayam masak Kicap...sedapnya........

Three things I would like to do

-nak bercuti ngan MR.Sham tak kisahlah kemana[dia ni sibuk je manjang...geramnya....]
-nak balik kuching...cuti lama-lama.tapi...cuti tak banyak.
-nak berkepit je ngan laki aku...boleh ke? hahahaha.tak yah kerjalah kalau gitu... nak makan apa nanti?...

Things I am looking forward to

-ada rumah sendiri.Takpe...tahun depan.sabar..sabar...
- nak ada anak.belum rezeki kami. usaha...usaha...usaha tangga kejayaan. hahahahaha
-nak simpan duit banyak-banyak. leh ke.?????..

Monday, March 16, 2009

ILA OH ILA....




Semalam g umah nyah.Rindu sangat kat ila. Yelah anak sendiri takde lagi. Rindu kat anak orang jelah.Ila sekarang makin bijak..Badan dah susut sikit.Yelah......tak henti-henti berjalan, berlari, naik tangga.Adui.......penat tengok kak nyah dok mengejar anak nya yang sorang ni.

.bilalah nak ada anak sendiri...sabar.......

HARI SABTU YANG LEPAS...



Titik-titik hujan......


Hari sabtu..entahlah.dok kat umah je. Nak kuar tak tau nak g mana. petang ujanlah pulah. Jadi sebelah petang tu kuar minum ngan suami kat kedai mamak .Yelah lama juga tak pekena teh tarik ngan roti sardin.Balik dari tu singgah kat lombong kat belakang umah. Klau ikutkan Taman Putra Perdana ni dekat kalau nak g KLIA/LCCT.Tapi takde jalan kenalah memusing jauh.Aku dan suamiku selalu lepak kat sini.Kadang-kadnag neman dia mancing.Dok nengok kawan dia mancinglah.Kalau ada bunga api kat Putrajaya..sinilah port kami suami isteri.Takpun kat Bukit Puchong.

Thursday, March 12, 2009

Rumah ku kat kampung

Ni rumah ku di waktu malam


Ni kat tepi rumah
koleksi bunga mak aku

Suami dok temankan mak aku dok godek-godek pokok bunga dia.Yelah baru lepas banjir

Ni kat tangga umah aku. Abaikan model dua orang tu

Sekarang mak dah buat kolam lak depan umah.

Aku suka sangat kat umah aku kat kampungku kat Kuching.Aku kat Kuching tinggal Kat Kampung Tupong Tengah,Jalan Merdeka Kuching , Sarawak. Rumah aku ni dekat ngan Bandaraya Kuching sebenarnya. Kalau naik sampan sekejap je dah sampai kat bandar. Yelah berdepan je ngan Waterfront Kuching. Walaupun memang dalam bandar Kuching tetapi suasana kampungnya itu memang bestlah. Rumah aku memang fesyen umah kampunglah.bertiang tinggi dan bertangga tinggi . betul ke aku cakap ni? takpelah.janji korang paham. Mak aku pulak rajin dok tanam bunga.Tersusun je. Lagi berseri je nampaknya. Betul-betul mendamaikan jiwa..Cheh wah......