Monday, November 3, 2008

Semoga Sukses di tempat baru

kak shar sebelah kiri yang paling hujung




Nilahlah geng berempat Umi,Maya,Lea and Kak Sha

Hari ni 03.11.08 adalah hari terakhir kak shar PA bos bahagian kami di sini.
Esok dia akan bertugas di tempat baru. Sunyilah. Geng berempat akan tinggal bertiga je.Takpe..nanti-nanti leh calling-calling.Kita kuar gi Alamanda. Ok Kak Sha.Saya doakan semoga kak shar sukses di tempat baru.

Jom...kita minum dulu


Aktiviti hujung minggu
















Aktiviti hujung minggu. Bukan shopping atau tengok wayang atau jalan-jalan...Buat gift untuk perkahwinan Anis anak kawan baikku Kak Tun yang telah ku anggap seperti kakakku sendiri. Yang sonoknya ..rupanya suamiku seorang yang berseni jugak orang nya.










Hobi Suamiku























Suamiku ku pulak suka kumpul kapal terbang perang dari Colection Air Combat. Sekarang dah ada lebih kurang 17 buah. Entahlah dah minat. Kita kena support lah hobby suami kita. Kalau dok belek kapal terbang dia , kita kat sebelah pun tak nampak. Abang…abang.. nanti lea tunjukkan lagi satu hobi dia, kumpul pedang dan keris.

Hobiku


Rasanya kita semua mempunyai hobi kan. Kita mesti ada sesuatu yang kita suka untuk dilakukan pada masa lapang. Hobi lea ialah

1. Membaca- Suka membaca majalah, novel[ semestinya koleksi Alaf 21] tapi yang
tak syoknyna semua novel-novel ku dekat Kuching.Umah orang tuaku. Takpe. Nanti Februari tahun depan balik nak ambik sikit-sikit.Yang ada sekarang pun novel Ombak Rindu. Bestlah citernya.Hobi membacaku ini …kalau dah tak ada apa2x untuk dibaca…surat khabar lama pun boleh.

2. Mengumpul setem-Ni pun bermula sejak sekolah rendah lagi. Sonok tengok setem-setem dari pelbagai Negara. Banyak menambahkan pengetahuan jugaklah. Sekarang dah ada lebih kurang 7 buah album setem. Tak sangka jugak hobi yang dipupuk sejak usiaku 8 tahun lagi bertahan jugak hinggalah umur ku 27 tahun.
3. Mengumpul Fridge Magnet- Ni baru-baru lagi. Dalam 2-3 tahun lepas. Dulu suka-suka je. Sekarang dah tak boleh dah tengok kedai yang ada jual FM ni. Mesti nak beli jugak. Satu pun cukuplah. Sekarang tak banyak lagi. Adalah dalam 70 lebih FM. Takpe.pelan2x. Kumpul cikit-cikit , lama-lama jadi bukit. Cheh wah…. Sebenanrnya sonok tengok koleksi eedany. Eedany nanti kalau FM lea dah banyak kita tukar2x ye bah. Eedany…sebenarnya negeri kita berjiran je bah. Tapi ku terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia mengikut suamiku yang berasal dari Negeri terkuat di Malaysia…..PERAK.